CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 31, 2012

bestfriends teruih jadi boyfriend/girlfriend ;)

Assalamualaikum,

Entry hat yg nih memang ade kene mengena dengan hidup gua. sangat kene mengena ! :D tengok orang share link entry macam ni kat twitter tadi tu yang terus rase nak up jugak entry cam nih.

Tipula kan kalau cakap takde kawan baik.maksud gue kat isni memang tuk kawan baik yg berlainan jantina. yg korang tau, mungkin one day, end up korang bole tersuke die. tersayang die. tergedik2 kat die. Tapi in case korang da tersuke kat die, mesti korang risau hubungan friendship korang tu akan end up KALAU korang end up dgn die kt relationship tu..

The thing is, kenapa.. kenapa kene pikir ' kalau one day aku break up dgn die mesti aku hilang kawan baik jugak' well, kenapa kene pikir yg korang akan break up. keneape kenape kenapeee. tau kan , sayang kat kawan dengan sayang kat kekasih tu lain sangat? kawan sayang sayang pun ape die buat pun kau nak dulik ape kan . tapi kan kalau da jadi kekasih tu kan macam kene la pedulik jugak.tak bole la buat bodo je kan. dulu-dulu mase kawan bole la ...

tapi korang kene tau, bile korang da rapat. bile even korang baru kawan baik. korang harus ingat, perasaan tu boleh tiba-tiba timbul. sape tak cair kan kalau ko ade kapel, tapi die tak amik peduli kat ko. end up, kawan baik kau yg amek berat kat kau. kalau sekali dua bole la nak deny, tapi kalau da banyk kali macam tu, i guess perasaan korang pun taktau nak lari celah mane dah.

kalau one day korang terjatuh hati kt kawan baik korang.ape korang akan buat? buat bodo or luahkan..? in that situation, korang kene pikir leklok. salah luah, kawan pun bole hilang. tu aku tak tipu la. korang kan da kawan baik dengan dia,so korang kenal dah dia. kenal dah ape yg bole buat die hangin ape bende yg bole buat die besukaria, so korang bole da baca perasaan dia IF one day korang datang keberanian nak meluahkan. kalau korang buat bodo, camane kalau sebenarnye pihak yg lagi satu tu memang da suke kt korang tapi die pun takut nak luahkan. kalau camtu its ok kalau nk meluahkan tapi cmane kalu pihak lagi satu tu memang da anggap korang kawan baik selamanye.? memang tak salah kalau korang cube nak bgtau die tapi..... korang kene tanggung la risiko die..

korang jangan la pkir kalau one day korang kapel , korang kalau putus. KALAU KALAU. kalau tu bole jadik doa tau.so kalau belum lagi jadik dah doa cmtu, mcammanee nak hadap die nanti. ade bnde positive jgk kalau terjatuh hati kat kawan baik sndri. sebab aku rase aku takyah carik orang tuk memahami aku lagi dah. sebab die kawan baik aku mesti die dah tau aku macam mana. segala fav thingy aku. tak payah la huraikan panjang berjela lagi. haha. tapi side negative die, dia tau la camana aku bila aku tiba2 nak menipu dia. haha sebab segala trick2 gua tu gua bagitau dia mase ktorang dok berkawan baik. now, kene carik trick lain la . HAHA.

Maybe, sebab aku dah rase, aku rase banyak lagi ke side positive. tapi u cant be me, & kau ade cara hidup korang sendiri. jangan paksa kalau korang rase korang tak mampu sayang kawan baik korang lebih-lebih. kesian dia nanti. Manusia, lain-lain perangai. aku boleh macam ni, dia boleh macam ni, tapi kalau kau takbole nak buat macamana. Its ok to be yourself.

Percayalah, aku sendiri tak percaya & tak pernah terpikir ini semua terjadi. Tapi, tibe-tibe perasaan tu bole datang. so what to do mannnn.. and luckily, he felt the same with me. & ktorang still same je. dok menggedik tu lebih sikit la. sape kapel yg tak menggedik tak fun lah! haha &&&& takde propose2 nak jadik kekasih kekasih ni, just cakap kau tau aku sayang kau dan aku tau kau sayang aku.. #sangat tak romantik. :D

ok la. see panjang lebar cakap. Ingin gua tegaskan, tak salah rasa nak bercinta dengan kawan baik sendiri, tapi make sure kawan baik feel the same ;)

assalamualaikum, bye! :D

Monday, May 28, 2012

Kehilangan yang abadi.

Assalamualaikum,

Lama nak update entry yang ni. Entry yang aku rasa aku akan menangis masa type. Entry yang lama aku kumpulkan semangat tuk menaip. & sekarang, tak semangat sangat tapi cukuplah semangat untuk bercerita. Untuk berkongsi. Untuk meluahkan.


Hari ni, Nur Afifah Nasuha genap 5bulan, if she still alive. Tapi Allah, Allah lagi sayang pada dia. Mungkin Allah nak Afifah ikut akak-akaknya temankan atuk dia kat sana. Mungkin Allah takmau atuk dia berasa lonely di sana.. Ayah, ayah jaga cucu ayah kat sana baik-baik. Sooner or later, ika akan menyusul..

Afifah tinggalkan kami pada Jumaat, 25 Mei 2012 yang lalu. Hanya beberapa hari yg lepas. Hanya Allah yang tau macamana luruh hati kami bila dia tinggalkan kami. Tidak mampi dihitung berapa banyak airmata yang keluar dari mata uminya, ayahnya, wannya, & mak2 sedaranya. Hati siapa yang tak sedih. Hati ibu mana yang tak tersentuh tengok anaknya pergi meninggalkan dia didalam dakapan dia. Nafas terakhir anaknya dapat didengar oleh ibunya. Hati siapa yang tak tersentuh melihat seorang demi seorang anaknya meninggalkan dia selama-lamanya..?

Afifah, 10hari Afifah admit PICU kat GH kan..? Pilu, tersentap hati masa tengok tangan afifah penuh dengan jarum. Kaki Afifah yang kecil molek penuh dengan bekas jarum tuk amik darah Afifah tiap-tiap 1 jam. Hari-hari datang melawat Afifah, badan Afifah makin menguning. Perut Afifah makin mengeras. Hati siapa yang tak tersentap tengok keadaan Afifah macam tu sayang? Sayang, makcu pernah berdoa supaya semua ini diakhirkan sebelum Ramadhan menjelma. Biarlah Allah saja yang mengetahui dengan cara negative / positive untuk mengakhiri semua ni. Makcu tak mampu nak tengok Afifah sakit-sakit sayang. Makcu tak mampu tengok depa amek darah kat tapak kaki Afifah tuk tau sugar dalam badan Afifah berapa. Makcu tau semua tu sakit sayang.

Hari last makcu datang melawat Afifah kat PICU tu. Hari terakhir sebelum Afifah balik uma wan. Makcu layan Afifah berborak. Afifah lawan-lawan cakap dengan makcu kan sayang. Afifah gelak masa tu. Manis sangat senyuman Afifah masa tu. Makcu tau makcu takkan bole untuk tengok semua tu lagi sayang. Makcu rindu. Rindu sangat pada Afifah sayang..

Doktor cakap pada Umi, ayah dengan wan yang Dr tak mampu buat apa-apa lagi sayang. Sebab Dr taktau mana datangnya semua itu. Mana datangnya punca semua ni. Semua tersentak sayang masa tu. Tapi wan kuatkan kami semua. Wan cakap berubat tradisional. Wan seolah-olah bagi harapan jugak walaupun sikit. Semua taknak Afifah kene cucuk lagi sayang. Afifah faham kan  sayang..? Balik dari Hospital, depa terus bawak Afifah berubat kan sayang.. depa semua sayangkan Afifah sayang.. Makcu sempat temankan ayah beli susu kambing malam tu tapi Afifah tak sempat pun minum kan... Afifah tak sempat minum susu makcik Afifah belikan. Afifah, kami tak pernah mati usaha tuk menyelamatkan Afifah sayang.

Malam sebelum Afifah tenat, makcu sempat betulkan Afifah tidur. sebab Afifah memang suka tinggalkan tilam Afifah bila tidur kan..? Makcu dengar Afifah merengek masa tu. Tapi makcu taktau beberapa jam lepas tu Afifah mula tenat... Makcu taktau sayang. Masa makcu tau sebab makcik yg kejutkan tapi makcu mamai lagi kan. Umi sakit sangat sayang tengok Afifah masa tu. Afifah tau kan?

8.05 am, akhir nafas Afifah. Wan masa balut Afifah tu, wan cakap wan rindu  la tangisan Afifah nanti. sebab wan yang jaga Afifah kan sayang. ya Allah , hanya Allah saje yang tau macam mana luruh hati makcu tengok kesedihan umi, ayah dan wan sayang..

Nur Afifah Nasuha, damailah adik sana. Atuk & kakak-kakak Afifah ada kat sana temankan adik kt sana nanti. Dengan izin Allah nanti, makcu akan datang kat sana sayang.  adik, tunggu umi&ayah adik kat pintu syurga tau sayang. kami kt sini rindu sangat kat adik. Maafkan kami sayang, tak dapat buat apa-apa tuk selamatkan adik.

Al-fatihah.  Redzuan b. Lebai Yunus, Adila Farahin bt Mohd Safuan, Siti Hajar bt Mohd Safuan & Nur Afifah Nasuha.