CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, May 28, 2012

Kehilangan yang abadi.

Assalamualaikum,

Lama nak update entry yang ni. Entry yang aku rasa aku akan menangis masa type. Entry yang lama aku kumpulkan semangat tuk menaip. & sekarang, tak semangat sangat tapi cukuplah semangat untuk bercerita. Untuk berkongsi. Untuk meluahkan.


Hari ni, Nur Afifah Nasuha genap 5bulan, if she still alive. Tapi Allah, Allah lagi sayang pada dia. Mungkin Allah nak Afifah ikut akak-akaknya temankan atuk dia kat sana. Mungkin Allah takmau atuk dia berasa lonely di sana.. Ayah, ayah jaga cucu ayah kat sana baik-baik. Sooner or later, ika akan menyusul..

Afifah tinggalkan kami pada Jumaat, 25 Mei 2012 yang lalu. Hanya beberapa hari yg lepas. Hanya Allah yang tau macamana luruh hati kami bila dia tinggalkan kami. Tidak mampi dihitung berapa banyak airmata yang keluar dari mata uminya, ayahnya, wannya, & mak2 sedaranya. Hati siapa yang tak sedih. Hati ibu mana yang tak tersentuh tengok anaknya pergi meninggalkan dia didalam dakapan dia. Nafas terakhir anaknya dapat didengar oleh ibunya. Hati siapa yang tak tersentuh melihat seorang demi seorang anaknya meninggalkan dia selama-lamanya..?

Afifah, 10hari Afifah admit PICU kat GH kan..? Pilu, tersentap hati masa tengok tangan afifah penuh dengan jarum. Kaki Afifah yang kecil molek penuh dengan bekas jarum tuk amik darah Afifah tiap-tiap 1 jam. Hari-hari datang melawat Afifah, badan Afifah makin menguning. Perut Afifah makin mengeras. Hati siapa yang tak tersentap tengok keadaan Afifah macam tu sayang? Sayang, makcu pernah berdoa supaya semua ini diakhirkan sebelum Ramadhan menjelma. Biarlah Allah saja yang mengetahui dengan cara negative / positive untuk mengakhiri semua ni. Makcu tak mampu nak tengok Afifah sakit-sakit sayang. Makcu tak mampu tengok depa amek darah kat tapak kaki Afifah tuk tau sugar dalam badan Afifah berapa. Makcu tau semua tu sakit sayang.

Hari last makcu datang melawat Afifah kat PICU tu. Hari terakhir sebelum Afifah balik uma wan. Makcu layan Afifah berborak. Afifah lawan-lawan cakap dengan makcu kan sayang. Afifah gelak masa tu. Manis sangat senyuman Afifah masa tu. Makcu tau makcu takkan bole untuk tengok semua tu lagi sayang. Makcu rindu. Rindu sangat pada Afifah sayang..

Doktor cakap pada Umi, ayah dengan wan yang Dr tak mampu buat apa-apa lagi sayang. Sebab Dr taktau mana datangnya semua itu. Mana datangnya punca semua ni. Semua tersentak sayang masa tu. Tapi wan kuatkan kami semua. Wan cakap berubat tradisional. Wan seolah-olah bagi harapan jugak walaupun sikit. Semua taknak Afifah kene cucuk lagi sayang. Afifah faham kan  sayang..? Balik dari Hospital, depa terus bawak Afifah berubat kan sayang.. depa semua sayangkan Afifah sayang.. Makcu sempat temankan ayah beli susu kambing malam tu tapi Afifah tak sempat pun minum kan... Afifah tak sempat minum susu makcik Afifah belikan. Afifah, kami tak pernah mati usaha tuk menyelamatkan Afifah sayang.

Malam sebelum Afifah tenat, makcu sempat betulkan Afifah tidur. sebab Afifah memang suka tinggalkan tilam Afifah bila tidur kan..? Makcu dengar Afifah merengek masa tu. Tapi makcu taktau beberapa jam lepas tu Afifah mula tenat... Makcu taktau sayang. Masa makcu tau sebab makcik yg kejutkan tapi makcu mamai lagi kan. Umi sakit sangat sayang tengok Afifah masa tu. Afifah tau kan?

8.05 am, akhir nafas Afifah. Wan masa balut Afifah tu, wan cakap wan rindu  la tangisan Afifah nanti. sebab wan yang jaga Afifah kan sayang. ya Allah , hanya Allah saje yang tau macam mana luruh hati makcu tengok kesedihan umi, ayah dan wan sayang..

Nur Afifah Nasuha, damailah adik sana. Atuk & kakak-kakak Afifah ada kat sana temankan adik kt sana nanti. Dengan izin Allah nanti, makcu akan datang kat sana sayang.  adik, tunggu umi&ayah adik kat pintu syurga tau sayang. kami kt sini rindu sangat kat adik. Maafkan kami sayang, tak dapat buat apa-apa tuk selamatkan adik.

Al-fatihah.  Redzuan b. Lebai Yunus, Adila Farahin bt Mohd Safuan, Siti Hajar bt Mohd Safuan & Nur Afifah Nasuha.

0 comments: